Tajuk : Pengurusan Penasihatan Murid
1. Pengenalan Pengurusan pensihatan murid terdiri daripada 3 komponen utama iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring. Bimbingan merupakan sebahagian daripada program membantu individu untuk menyelesaikan masalah dan ini bermaksud memberi bimbingan, tunjuk ajar dan panduan untuk mengatasi masalah. Penasihatan pula bermaksud mengkehendaki suatu kebaikan untuk orang lain secara ikhlas dalam bentuk lisan atau tindakan. Manakala, m entoring merupakan mekanisme positif dan efektif untuk memaksimumkan potensi individu. Konsep mentoring ini adalah berasaskan bimbingan dan panduan kepada mentee khususnya dalam pertumbuhan kendiri untuk menyediakan diri mereka agar menjadi individu bertanggungjawab, yakin dan berdaya saing. Dari aspek kaunseling, penasihatan murid merupakan suatu proses yang profesional dan bersistematik yang bertujuan untuk menolong individu...