Tajuk : Pengurusan Penasihatan Murid

1.    Pengenalan 

Pengurusan pensihatan murid terdiri daripada 3 komponen utama iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring. Bimbingan merupakan sebahagian daripada program membantu individu untuk menyelesaikan masalah dan ini bermaksud memberi bimbingan, tunjuk ajar dan panduan untuk mengatasi masalah. Penasihatan pula bermaksud mengkehendaki suatu kebaikan untuk orang lain secara ikhlas dalam bentuk lisan atau tindakan. Manakala, mentoring merupakan mekanisme positif dan efektif untuk memaksimumkan potensi individu. Konsep mentoring ini adalah berasaskan bimbingan dan panduan kepada mentee khususnya dalam pertumbuhan kendiri untuk menyediakan diri mereka agar menjadi individu bertanggungjawab, yakin dan berdaya saing.

Dari aspek kaunseling, penasihatan murid merupakan suatu proses yang profesional dan bersistematik
yang bertujuan untuk menolong individu melalui pendidikan. Menurut Mathewson (1962), kaunseling ialah salah satu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekeliling supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada sepenuhnya.

2.    Isi Penting

Bimbingan merujuk kepada proses untuk membantu individu meningkatkan pemahaman dan kemahiran bagi menangani pelbagai isu dan cabaran dalam kehidupan secara berkesan. Menurut Kanga (2017), bimbingan adalah memberi bantuan dan bukannya arahan atau membuat pilihan untuk individu tentang apa yang harus dilakukan. Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.

Nasihat merupakan ajaran atau petunjuk yang baik, memberi tunjuk ajar atau memberikan sesuatu kepada seseorang tentang pelbagai perkara. Berdasarkan pengertian di atas, jelaslah bahawa nasihat ialah sesuatu pengajaran, bimbingan atau cadangan tindakan yang baik bertujuan membantu seseorang agar individu berkenaan dapat menyelesaikan masalah ataupun memperbaiki dirinya. Proses penasihatan dan memberi nasihat atau bimbingan melibatkan pembangunan dan perkembangan psikologi individu. 

Menurut Fauziah (2015), mentor dapat menggunakan program mentoring dengan memberikan bimbingan serta kaunseling berorientasikan pembangunan sahsiah seperti budi bahasa, keterampilan diri, pengurusan masa, motivasi, sikap penyayang serta kepimpinan. Mentoring adalah bantuan tersembunyi "bantuan luar talian" dari mentor ke mentee untuk pemindahan pengetahuan, berfikir dalam kerja dengan ketara. Mentoring juga merupakan proses mambantu dari individu yang berpengalaman. Proses ini dapat memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional dalam usaha membangunkan diri individu.

3.    Kesimpulan 

Pengurusan Penasihatan Murid perlulah dijalankan dengan berkesan agar dapat membantu individu dalam membentuk identiti serta sahsiah yang tinggi. Seperti yang diketahui, konsep-konsep pengurusan penasihatan murid ini boleh dibahagikan kepada beberapa cabang. Setiap konsep ini dapat diaplikasikan semasa menjalankan penasihatan terhadap murid mengikut kesesuaian keadaan. Bimbingan, penasihatan, dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membantu murid-murid dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan seharian. Langkah penasihatan hendaklah berbeza mengikut setiap masalah individu yang berlainan sama ada mempunyai masalah konflik dan matlamat tersediri. Cara pendekatan yang berbeza ke atas setiap murid harus diwujudkan agar mereka menyedari kewujudan pihak lain yang mengambil berat tentang mereka. 

RUJUKAN 

Junn Willie, S., & Abu Bakar, A. (2019). Keperluan Khidmat Bimbingan Dan Kaunseling Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Luar Bandar: Satu Kajian Kes. Jurnal Dunia Pengurusan, 1(1), 18-24.

Nubaillah Noor, A., Salleh Amat, & Abu Bakar, A. (2018). Efikasi Kendiri Kaunseling dan Kecekapan Kaunseling Pelbagai Budaya dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah di Malaysia. Jurnal Psikoedukasi dan Konseling, 2 (2), 14-21.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim et.al, Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah, Cerdik Publications Sdn. Bhd.


Comments